Welcome to Universiti Malaya Career Portal

general service assistant Grade H1

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Position
General Service Assistant Grade H1
Grade
H1
Category
Non Academic
Salary
RM 1,500.00 - 4,680.00
Open & Closing Date
18 Nov 2024 - 01 Dec 2024
Job Descriptions

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS


(1) Senarai Tugas Umum Pemanduan:


  1. Tanggungjawab setiap hari sebelum memandu:
  2. Memastikan tempoh lesen memandu masih sah dan tempoh cukai jalan kenderaan masih sah.
  3. Memastikan kondisi kenderaan berada dalam keadaan bersih, selamat dan baik sebelum memulakan pemanduan dengan melakukan pemeriksaan terhadap paras bahan api, minyak pelincir, minyak brek, minyak stereng, minyak kotak gear, radiator, bateri, lampu, tayar, sistem hawa dingin dan pendawaian (wiring) dan sebagainya.
  4. Bagi kenderaan barang, memastikan muatan tidak berlebihan, tidak membahayakan dan ditutup dengan kemas.
  5. Memastikan pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan Ketua Jabatan/ Pegawai Kenderaan.


(2) Tanggungjawab semasa memandu:


  1. Memandu secara berhemah mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas.


(3) Tanggungjawab selepas tamat perjalanan:


  1. Mengisi butiran Buku Log dengan betul dan kemas.
  2. Memulangkan kenderaan ke depot dalam keadaan bersih dan baik selepas tamat perjalanan.
  3. Melaporkan kecacatan atau kerosakan yang dikesan pada kenderaan sepanjang penggunaan kepada Pegawai Kenderaan.
  4. Memulangkan kunci kenderaan, kad inden dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit serta SmartTag kepada Pegawai Kenderaan.
  5. Mendapatkan butiran perjalanan berikutnya dan pastikan jalan yang akan dilalui.


(4) Tanggungjawab kepada penumpang dan bahan muatan:


  1. Memastikan kenderaan tidak melebihi had muatan dan selamat sampai ke destinasi.
  2. Bertanggungjawab ke atas bahan muatan sepanjang dalam perjalanan.
  3. Memastikan penumpang berada dalam keadaan selesa dan membantu penumpang mengangkat dan menyusun bagasi dalam kenderaan di mana perlu.


(5) Tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan:

  1. Memaklumkan segera kepada ketua Jabatan mengenai kemalangan berlaku dan mengambil tindakan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.


(6) Senarai tugas Tambahan di Pejabat:


  1. Membantu penyampaian atau kutipan surat/ dokumen/ saman/ notis dengan sempurna, cepat dan berkesan.
  2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen.
  3. Membantu dalam menyusun atur fail dan menguruskan bilik fail.
  4. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang peralatan bekalan daripada stor pejabat.
  5. Membantu membawa peralatan penggambaran, AV dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.
  6. Membantu memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan pejabat.
  7. Membantu mengemaskini notis di papan kenyataan.
  8. Membantu dalam urusan kaunter atau khidmat pelanggan.
  9. Menjalankan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Qualifications