Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
Membina modul program pembangunan modal insan.
Melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan.
Memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.
Memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
Mengurus pegawai/ pelajar yang berprestasi rendah dan bermasalah.
Memberi khidmat psikoterapi/ rawatan kepada klien.
(b) Aspek Kaunseling
Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek-aspek pembangunan, intervensi, pencegahan dan pemulihan.
Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling.
Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.
Melaksanakan aktiviti/ program latihan dalam urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian dan inventori psikologi.
(c) Aspek Perkhidmatan
Menguruskan dan mengendalikan hal-hal kebajikan staf/ pelajar.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di dalam dan luar Universiti.
Menguruskan dan memproses permohonan Lembaga Perubatan bagi staf yang memerlukannya.
Menjalankan sesi bimbingan/ kaunseling dalam Fasa Saringan dan Fasa Intervensi kepada staf berprestasi rendah yang diperakukan dalam Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy).
Menjalankan pemantauan ke atas staf/ pelajar selepas sesi kaunseling mengikut keperluan.
Menyediakan laporan keberkesanan atau kepuasan bagi tujuan rekod dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling.
(d) Aspek Latihan
Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan berkaitan psikologi dan kaunseling serta perkhidmatan kebajikan kepada staf/ pelajar.
Mengadakan ceramah dan program kesedaran berkaitan kesihatan mental kepada staf/ pelajar.
Mengadakan bengkel dan kursus pembangunan sahsiah diri dari sudut psikologi kepada staf/ pelajar yang memerlukannya.
Menjalankan kursus dan program kemahiran psikologi dan kaunseling untuk ahli AKRAB/ pelajar/ staf.
(e) Aspek Kerjaya
Menjalankan dan menyelaras aktiviti/ program perkembangan/ kemajuan kerjaya kepada staf/ pelajar.