Membantu menjalankan dapatan dan analisis terhadap sampel-sampel kajian.
Membuat penyediaan sampel bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.
Membantu di dalam langkah-langkah prosedur analisis kimia dalam urusan penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti yang diarahkan.
Mencatat dan merekodkan semua data mentah analisis lazim yang dijalankan.
Menjaga kebersihan dan keteraturan makmal dengan implementasi Amalan Baik Makmal (Good Laboratory Practices).
Membantu staf akademik/penyelidik dan pelajar menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang yang berkaitan.
Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta prosedur makmal sentiasa kemaskini dan dipatuhi.
Membantu menjalankan kerja-kerja berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, MS ISO 9000 dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja OHSAS 18001.
Membantu menyelia tahap kesihatan dan keselamatan pekerja di makmal.
Membantu dalam urusan latihan keselamatan safety briefing ke atas pengguna makmal.