Welcome to Universiti Malaya Career Portal

assistant administrative officer Grade N29

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Position
Assistant Administrative Officer Grade N29
Grade
N29
Category
Non Academic
Salary
RM 1,493.00 - 5,672.00
Open & Closing Date
10 Sep 2024 - 20 Sep 2024
Job Descriptions

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.Merancang, membangunkan dan memantau pengoperasian PPDK bagi membolehkan agensi menjalankan fungsi ke arah yang lebih bersistematik dan memastikan operasi harian di PPDK berjalan dengan lancar.


  1. Pengurusan perancangan operasi PPDK agar lebih terancang dan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
  2. Pentadbiran urusan kewangan PPDK bagi memastikan pengoperasian premis.
  3. Penyeliaan dan pengurusan sumber manusia (tenaga kerja) di PPDK bagi memastikan kesegeraan tugasan dapat dilaksanakan dengan cekap.
  4. Pembangunan modul/ kokurikulum dan keperluan pengajaran yang konfrehansif serta pemantauan aktiviti terapi pemulihan bagi membolehkan pelatih PPDK mencapai hasil pembelajaran yang positif.
  5. Pemantauan dan penguatkuasaan untuk mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan mencapai pada tahap yang maksima.
  6. Pentadbiran mesyuarat berkaitan pengurusan PPDK bagi membolehkan isu-isu yang berkaitan PPDK dapat dibawa untuk kelulusan jawatankuasa perlaksana PPDK atau pengurusan universiti.
  7. Pengurusan penyediaan rancangan menu makanan di di PPDK mengikut spesifikasi dan standard garis panduan yang telah dikeluarkan oleh JKM dilaksanakan dan dipatuhi dengan baik.




Qualifications

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  6. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.