SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
(1) Tugasan Umum
(a) Klinikal dan Teknikal
- Menjalankan prosedur-prosedur diagnostic makmal yang telah ditetapkan dalam disiplin Patologi (Histopathologi, Sitologi, Patologi Kimia, Hematologi), Transfusi Darah, Mikrobiologi dan Virologi, Parasitologi, Anatomi, Fisiologi, Makmal Perbagai Ilmu dan Makmal Kemahiran Klinikal, Farmokologi, Biomolekul Kimia, Pusat Kajian Haiwan, Sains Farmasi, Bioteknologi.
- Menerima permintaan ujian dan menyemak data pesakit yang dihantar ke makmal mengikut kriteria yang ditetapkan.
- Menjalankan prosedur kalibrasi peralatan makmal sebelum ujian penaksiran dijalankan.
- Menjalankan penyelenggaraan harian ke atas peralatan makmal.
- Membantu menjalankan program kawalan mutu harian, kawalan mutu dalaman dan kawalan mutu luaran.
- Menerima, merekod dan menentukan sampel-sampel yang diambil adalah sesuai untuk pengujian.
- Menyisih dan mengirim sampel sampel kepada makmal tertentu untuk ujian khas dan makmal rujukan.
- Memberi laporan ujian dan menyimpan rekod laporan ujian tersebut untuk tujuan perkhidmatan, penyelidikan dan pengajaran.
- Memeriksa dan merekod keperluan stok makmal.
- Membantu dalam penjagaan keselamatan makmal.
- Membantu penyelenggaraan peralatan makmal.
(b) Pengajaran, Makmal dan Penyelidikan
- Memberi latihan dan bimbingan kepada pelatih JTMP dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.
- Persediaan specimen cadaver, penyediaan reagent/ bahan kimia untuk pengajaran.
- Membantu dalam kerja-kerja peperiksaan seperti penyediaan soalan, membantu mengawas peperikasaan, mengasingkan kertas soalan dan memasukkan markah.
- Membantu dalam menjalankan kaji selidik dan penyelidikan.
- Membantu dalam menjalankan kaji selidik dan penyelidikan.
- Melakukan ‘TEST RUN’ sebelum kelas amali utama.
- Bertanggungjawab sebagai pendtabir sistem E-procurement.
- Membantu Pensyarah dalam urusan Modul Kajian Semula Kurikulum.