Aspek Kawalan Pergerakan Warga Kampus, Pelawat dan Pekerja Kontrak
Mendaftar, mengeluar dan memeriksa pas keselamatan/ kad pengenalan jabatan kepada warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak.
Melaksanakan kawalan keselamatan di dalam aspek dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan.
Memastikan semua warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki kampus memakai kad kampus/ pelawat/ pas pekerja sementara pada setiap masa.
Aspek Kawalan Meliputi Fizikal dan Personel
Merekod dalam buku daftar kunci, kunci-kunci pintu masuk utama bangunan dan premis di bawah kawalan sentiasa dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.
Membantu mengurus permohonan dan penyimpanan kunci-kunci pendua.
Membuat rondaan/ pemeriksaan bagi memantau pengawal keselamatan di dalam kawasan dan luar bangunan/ premis dan membuat catatan rondaan/ pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
Memastikan semua peralatan dan kelengkapan sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
Melaporkan kerosakan peralatan/ kelengkapan/ sistem keselamatan dan lain-lain kemudahan di dalam kawasan bangunan/ premis kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Membuat pemantauan keselamatan ke atas pergerakan keluar/ masuk sepanjang masa.
Memastikan undang-undang, peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan dikuatkuasakan dan dipatuhi.
Melaporkan semua pelanggaran keselamatan dan perkara-perkara yang mencurigakan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Aspek Kawalan Keselamatan Lalulintas
Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses kenderaan serta memastikan kelancaran pergerakan lalulintas kenderaan di dalam kampus.
Memastikan kenderaan diletakkan secara teratur di kawasan-kawasan meletak kenderaan yang dibenarkan.
Memastikan sebarang insiden yang berlaku dalam kawasan dilaporkan dan membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan lalulintas dalam kawasan kampus.
Aspek ‘Multitasking’
Membuat kerja-kerja pentadbiran/ perkeranian seperti pentadbir cuti, kehadiran dan KPI.
Membuat kerja bantu mula semasa kecemasan/ bencana.
Membuat kerja-kerja teknikal seperti penyelenggaraan CCTV, percetakan kad kampus dan pas pekerja sementara.
Melaksanakan urusan kewangan seperti kutipan saman lalu lintas, pelekat dan kad kampus.