Welcome to Universiti Malaya Career Portal
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
DESKRIPSI TUGAS :
Tugas utama ialah merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya, ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan