Membantu tugas Pegawai Pergigian/ Pakar Pergigian yang berkaitan didalam pengendalian kes kemalangan dan kecemasan semasa waktu pejabat di Klinik Fakulti Pergigian dan dewan bedah.
tugas pegawai Pergigian/ Pakar Pergigian semasa pemberian rawatan dengan mengamalkan konsep four-handed dentistry.
Melaksanakan dan mematuhi prosedur kawalan jangkitan silang.
Menyediakan bahan rawatan dan peralatan pergigian sebelum, semasa dan selepas rawatan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menyelenggara peralatan mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum,semasa dan selepas rawatan .
Mengendali pesakit dan bilik rawatan sebelum, semasa dan selepas rawatan.
Membantu dalam pengambilan x-ray pergigian.
(2) Pengurusan pesakit
Merekod status kesihatan pergigian pesakit/ charting.
(3) Pengendalian klinik
Memastikan Poliklinik sentiasa bersih sebelum dan selepas sesi pengajaran klinikal mengikut prosedur kawalan jangkitan.
Memastikan semua bahan dan peralatan pergigian yang diperlukan oleh penuntut mencukupi dan disediakan 30 minit sebelum sesi klinikal bermula.
Membuat pembungkusan peralatan pergigian untuk proses pensterilan bagi semua peralatan pergigian yang telah digunakan oleh penuntut pada sesi pagi dan petang.
Menyediakan bahan dan peralatan pergigian bagi membantu pensyarah pada setiap kali sesi demo klinikal untuk penuntut.
Memastikan peralatan pergigian di buat kaliborasi mengikut tempoh tertentu dan melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak yang berkenaan.
Membantu pensyarah dan jabatan dalam proses peperiksaan tahunan pelajar ijazah dasar dan pascaijazah.
Membuat inventori bagi semua peralatan pergigian yang diserahkan kepada penuntut pada sesi awal dan akhir setiap tahun pengajian.