Welcome to Universiti Malaya Career Portal

assistant registrar Grade N9

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Position
Assistant Registrar Grade N9
Grade
N9
Category
Non Academic
Salary
RM 2,250.00 - 11,110.00
Open & Closing Date
26 Oct 2026 - 09 Nov 2026
Job Descriptions
ACCOUNTABILITYMAIN TASK
Pengurusan hal ehwal berkaitan kemasukan pelajar Ijazah Dasar bagi memastikan program Ijazah Dasar dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

1.          Menyediakan unjuran kemasukan dan syarat kemasukan

2.          Menguruskan Mesyuarat JK Pemilihan

3.          Mengurus pelaksanaan eksesais temuduga pelajar.

4.          Menyemak buku panduan program.

Penyelarasan hal ehwal berkaitan pendaftaran pelajar bagi memastikan proses pendaftaran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

1.          Menyelaras penawaran kursus dan penyediaan jadual waktu kuliah.

2.          Memantau proses Latihan Industri/ Latihan Pengajar.

3.          Menguruskan permohonan pemindahan dan pengecualian kredit.

4.          Menguruskan permohonan pertukaran program pengajian.

5.          Menguruskan permohonan penarikan diri dari semester/program.

6.          Menguruskan permohonan pelanjutan tempoh pengajian.

7.          Memantau proses Penilaian Kursus dan Pengajaran (CTES) pelajar
Pentadbiran hal ehwal berkaitan dengan peperiksaan untuk memastikan urusan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

1.          Menyediakan jadual kerja peperiksaan di PTj

2.          Menetapkan tarikh penyediaan dan penyerahan kertas soalan kepada Bahagian Peperiksaan dan Pengijazahan

Pengurusan hal ehwal berkaitan pengijazahan bagi memastikan pelajar dinugerahkan ijazah masing-masing.

1.          Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa

2.          Menyemak senarai boardlist sebelum mesyuarat jawatankuasa pemeriksa.

3.          Menyelaras Laporan JK Pemeriksa untuk dikemukakan ke Mesyuarat Fakulti / Senat.

4.          Menyemak ketepatan penyempurnaan pelajar bergraduat.

Penyelarasan semakan kurikulum program akademik bagi memastikan kualiti program yang ditawarkan memenuhi keperluan semasa dan menepati standard.

1.          Menguruskan Semakan Kurikulum Program Akademik

Penyelarasan hal ehwal berkaitan akreditasi program akademik bagi memastikan kualiti program yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan pasaran

1.          Memberi khidmat nasihat kepada Timbalan Dekan/Ketua Jabatan berhubung prosedur dan garis panduan yang diperlukan.

2.          Mengurus permohonan akreditasi semula bagi program sedia ada.

Qualifications

Penempatan di Fakulti Undang-Undang, Kampus Pesisir Universiti Malaya

Kuching, Sarawak

Gaji Permulaan : RM2250 - RM2470

Elaun : RM800 - RM900


SYARAT LANTIKAN

1.Warganegara Malaysia sahaja

2.Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

3.Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berasal dan bermastautin di Sarawak

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

(i)     Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

 

(ii)     Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

5. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu


(i)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.