Welcome to Universiti Malaya Career Portal

SLAB/SLAI FELLOW (PHASE 2)

Universiti Malaya, Kuala Lumpur


KETERANGAN TAWARAN

  1. Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA adalah satu program Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) yang diwujudkan untuk meningkatkan bilangan staf akademik berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) atau setaraf di Universiti Awam bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  2. Melalui skim ini, Universiti Awam khususnya Universiti Malaya mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan Fellowship untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD atau setaraf untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

  1. Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD.
  2. Pengajian di luar negara
  3. Pemilihan Universiti selain United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia atau yang mengenakan yuran percuma/yuran minimum perlu berada di kedudukan 50 terbaik dunia oleh QS WUR/QS WUR by Subject berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings/Times Higher Education (THE) World University Ranking/The Academic Ranking of World Universities (Shanghai Ranking).
  4. Pemilihan universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia perlu berada di kedudukan 25 terbaik dunia keseluruhan atau by Subject berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings/Times Higher Education (THE) World University Ranking/The Academic Ranking of World Universities (Shanghai Ranking).
  5. Keutamaan kepada universiti di negara Singapura, Taiwan, China, Korea Selatan & Amerika Syarikat.
  6. Syarat-syarat pemilihan penyelia adalah seperti berikut:



  1. Penajaan biasiswa ini bermula pada September 2025 (tertakluk kepada kekosongan slot KPT).
  2. Calon yang sedang dalam pengajian dengan baki tempoh pengajian minimum empat (4) semester semasa permohonan dikemukakan layak dipertimbangkan.
  3. Calon hendaklah bebas daripada status peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dengan mengemukakan bukti pemotongan gaji sekiranya berkaitan (perlu diselesaikan sendiri oleh calon).
  4. Calon yang sedang memegang biasiswa di bawah MyBrain15 tidak layak memohon biasiswa ini.
  5. Penajaan adalah untuk ‘single program’ sahaja.

IKATAN PERJANJIAN

Setiap calon yang ditawarkan biasiswa mempunyai dua (2) ikatan perjanjian iaitu bersama Universiti Malaya selaku majikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pihak Kerajaan. Tempoh kuat kuasa kontrak adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai.

ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

Calon layak menerima elaun dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Malaya.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
  2. Calon Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA. Manakala bagi calon bukan Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik IPTA sahaja.
  3. Calon telah mendapat tempat pengajian dengan Surat Tawaran Rasmi.
  4. Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi peringkat PhD atau setaraf.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. (Calon yang belum tamat pengajian Ijazah Sarjana tidak layak untuk memohon).
  6. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
  7. Calon hanya berhak memohon satu Pusat Tanggungjawab dan satu bidang pengajian sahaja.
  8. Tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain. Sekiranya ada, calon perlu mengemukakan surat pelepasan/penangguhan ikatan daripada penaja.
  9. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.
  10. Calon yang pernah mengikuti program PhD atau setaraf di mana-mana Universiti Awam atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
  11. Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.

PENTING

  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun, tarikh mula pengajian tertakluk kepada kekosongan slot Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  2. Permohonan ini wajib dikemukakan bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga di peringkat Universiti.
  4. Sekiranya calon tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Universiti Malaya dalam tempoh (enam) 6 bulan dari tarikh permohonan dikemukakan, permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Permohonan akan diproses tertakluk kepada kekosongan bidang semasa di Fakulti/Pusat Tanggungjawab yang dimohon.
  6. Universiti Malaya berhak membatalkan permohonan/tawaran dengan serta-merta tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya didapati pada bila-bila masa bahawa maklumat palsu diberikan dalam mana-mana dokumen yang dikemukakan kepada Universiti berkaitan permohonan ini.

CARA MEMOHON

  • Pautan permohonan: https://career.um.edu.my/scholarships
  • Daftar akaun dan lengkapkan "Profile" tab:

  • Klik "Scholarships" tab.
  • Klik butang "Details" untuk maklumat biasiswa yang ditawarkan.
  • Klik butang "Apply" dan lengkapkan:

  • Klik butang "Submit" (semakan permohonan di "Application" tab).