IKLAN PROGRAM PRA PERKHIDMATAN
PENAWARAN BIASISWA PROGRAM PRA PERKHIDMATAN UNIVERITI MALAYA
SIJIL PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
PENGENALAN
- Program Pra Perkhidmatan Universiti Malaya menawarkan biasiswa kepada calon yang layak untuk mengikuti pengajian Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian bagi tempoh 2 tahun.
- Status calon sepanjang tempoh penajaan adalah sebagai Pelatih yang bertaraf Pelajar.
- Pelatih tajaan UM yang tamat latihan dengan jayanya akan ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 di UM tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia.
- berumur 18-25 tahun pada sesi pengajian semasa.
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta bebas daripada sebarang penyakit serius atau berjangkit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk mengamalkan perubatan (unfit to practice).
- Calon wanita tidak dibenarkan hamil.
KELAYAKAN AKADEMIK
- Kredit tiga (3) subjek termasuk Bahasa Melayu, Matematik (Matematik/ Matematik Tambahan/ Matematik/ Moden/ Matematik Julai), Sains (Sains/ Sains Gunaan /Biologi /Kimia/ Fizik).
- Wajib Lulus subjek Bahasa Inggeris & dua (2) subjek lain.
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U1
PENGENALAN
Pembantu Pembedahan Pergigian bertanggungjawab membantu tugas rawatan atau pemulihan pergigian termasuk yang melibatkan promosi kesihatan pergigian & pencegahan penyakit.
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab menjalankan tugas sokongan klinikal-membantu pakar, pegawai pergigian, pelajar pergigian & juruterapi pergigian dalam mengendalikan penyakit.
- Membantu pengurusan peperiksaan klinikal untuk pelajar Ijazah dasar & pascaijazah serta program kedoktoran klinikal.
- Membantu mengurus bilik/surgeri pergigian melaksana kawalan jangkitan silang
- Merekod status kegigian pesakit
- Membantu dalam tugasan atas panggilan agar masyarakat menerima penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih efisien.
- Mengurus perkhidmatan rawatan pergigian bergerak kepada pelajar sekolah & masyarakat orang asli.
PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN
- Jawatan: Pembantu Pembedahan Pergigian
- Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
- Pelatih tajaan UM yang tamat latihan dengan jayanya akan ditawarkan pelantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U1
IKATAN PERKHIDMATAN DAN GANTI RUGI
- Pelatih tajaan UM diwajibkan berkhidmat dengan UM bagi tempoh yang telah ditetapkan dan sekiranya tidak berjaya menamatkan pengajian/ meninggalkan perkhidmatan sebelum memenuhi ikatan perkhidmatan akan dikenakan tindakan ganti rugi seperti dokumen perjanjian.
ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
- Calon layak menerima elaun dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Universiti Malaya.

CARA MEMOHON
- Pautan permohonan: https://career.um.edu.my/scholarships
Step 1:

Step 2:

Step 3:
