KETERANGAN TAWARAN
- Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA adalah satu program Kementerian Pendidikan Tinggi yang diwujudkan untuk meningkatkan bilangan staf akademik berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) atau setaraf di Universiti Awam bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
- Melalui skim ini, Universiti Awam khususnya Universiti Malaya mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD atau setaraf untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.
BIASISWA YANG DITAWARKAN
- Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Klinikal.
- Pengajian di Universiti Malaya.
- Syarat-syarat pemilihan penyelia adalah seperti berikut:
- Penajaan biasiswa ini bermula Jun 2025.
- Calon yang sedang dalam pengajian dengan baki tempoh pengajian minimum empat (4) semester semasa permohonan dikemukakan layak dipertimbangkan.
- Calon hendaklah bebas daripada status peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dengan mengemukakan bukti pemotongan gaji sekiranya berkaitan (perlu diselesaikan sendiri oleh calon).
- Calon yang sedang memegang biasiswa di bawah MyBrain15 tidak layak memohon biasiswa ini.
- Penajaan adalah untuk ‘single program’ sahaja.
- Gaji permulaan adalah RM4,430.00 sebulan (penentuan gaji permulaan akan diselaraskan berdasarkan semakan slip gaji terakhir di agensi terdahulu jika berkenaan).
IKATAN PERJANJIAN
Setiap calon yang ditawarkan biasiswa mempunyai dua (2) ikatan perjanjian iaitu bersama Universiti Malaya selaku majikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pihak Kerajaan. Tempoh kuat kuasa kontrak adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai.
ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
Calon layak menerima elaun dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Malaya.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA. Manakala bagi calon bukan Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik IPTA sahaja.
- Calon telah mendapat tempat pengajian dengan Surat Tawaran Rasmi.
- Berumur tidak lebih daripada 43 tahun.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain. Sekiranya ada, calon perlu mengemukakan surat pelepasan/penangguhan ikatan daripada penaja.
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.
- Calon yang pernah mengikuti program Sarjana Klinikal atau setaraf di mana-mana Universiti Awam atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
- Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
PENTING
- Tarikh akhir mengemukakan permohonan bagi slot tahun 2025 adalah pada 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipertimbangkan untuk slot tahun 2026 (tertakluk kepada kekosongan waran dan pertimbangan KPT).
- Permohonan ini wajib dikemukakan bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga di peringkat Universiti.
- Sekiranya calon tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Universiti Malaya dalam tempoh (enam) 6 bulan dari tarikh permohonan dikemukakan, permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
- Permohonan akan diproses tertakluk kepada kekosongan bidang semasa di Fakulti/Pusat Tanggungjawab yang dimohon.
- Universiti Malaya berhak membatalkan permohonan/tawaran dengan serta-merta tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya didapati pada bila-bila masa bahawa maklumat palsu diberikan dalam mana-mana dokumen yang dikemukakan kepada Universiti berkaitan permohonan ini.
CARA MEMOHON
- Pautan permohonan: https://career.um.edu.my/scholarships
- Daftar akaun dan lengkapkan "Profile" tab:
- Klik "Scholarships" tab.
- Klik butang "Details" untuk maklumat biasiswa yang ditawarkan.
- Klik butang "Apply" dan lengkapkan:
- Klik butang "Submit" (semakan permohonan di "Application" tab).